Masjid Daerah An-Nur Kampar
Papan tanda masjid
Tempat ambil wuduk lelaki
Mimbar Masjid
Ruang tempat solat lelaki
Siling Masjid
Carta AJK Masjid
Tangga masuk ke dalam Masjid
-
RSS Feed
Subscribe To RSS Feed
-
E-Mail Delivery
Subscribe To Email for the latest updates right to your email
-
Twitter
Follow Us On Twitter to join the list of 1000 followers
DALAM masyarakat tempatan, telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti ``Tumbuk rusuk'', ``Makan suap'' dan juga ungkapan under counter payment, duit kopi dan sebagainya. Perkataan `rasuah' berasal dari perkataan Arab yang berbunyi ``al-risywah''. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Di negara ini dari segi undang-undang, semua perbuatan `memberi dan menerima suapan' adalah merupakan sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Rasuah bukanlah satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa dirinya bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak sejarah peradapan manusia dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat.
Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama ini dengan sendirinya mencemar Islam. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat secara umumnya malah dengan kelakuan bejat rasuah itu, mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka.
Untuk manusia beriman, hadis di atas cukup menakutkan. Tetapi buat mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi, sabda Rasulullah s.a.w ini tidak akan mencecah ke hati nuraninya. Rasulullah s.a.w juga meramalkan akan datang suatu zaman atas umat manusia di mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka. Setiap kepingan wang atau dolar menjadi agama mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Imam mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja. Seks menjadi tumpuan mereka. Kemuliaan seseorang itu akan diukur berdasarkan kekayaannya. Takjub mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. yang melukiskan keadaan zaman itu, para sahabat pun bertanya, ``Ya Rasulullah, apakah mereka menyembah berhala?'' Nabi menjawab, ``Benar''. Hanya sahaja, berhalanya bukanlah yang dipahat dalam bentuk makhluk-makhluk tertentu. Berhalanya adalah wang. Mereka menyembah, mengabdi, dan mencurahkan seluruh hidupnya untuk wangnya.
Memilih pemimpin kadang-kadang kita terpaksa berdepan dengan situasi yang sulit untuk memilih yang mana satu yang baik. Justeru Rasulullah s.a.w. memberi erti amanat dalam kepimpinan adalah kemampuan atau keahlian dalam jawatan yang dipangku bukan ukuran kekayaan semata-mata. Amanat terabaikan dan kehancuran akan tiba, bila jabatan diserahkan kepada yang tidak mampu, demikian sabda nabi.
Anda boleh menetapkan pertimbangan anda dalam memilih pemimpin tapi ingatlah selalu sabda Rasulullah yang bermaksud:
Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jabatan yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih baik maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslim.
Ada yang memberi alasan mengenai sesetengah menggunakan pengaruh wang untuk mendapat jawatan dengan niat yang kukuh iaitu untuk membangunkan masyarakat dan negara. Padahal niat yang baik tidak boleh menghalalkan kaedah atau perbuatan yang tidak baik. Lebih-lebih lagi merasuahkan orang untuk mendapat jawatan. Islam menetapkan niat dan perbuatan mesti betul iaitu kerana Allah. Kalau kita ikhlas untuk membantu masyarakat tanpa niat yang serong insya-Allah, Allah akan tolong orang-orang yang ikhlas.
Rasulullah sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik, jawatan tinggi dan harta kekayaan, oleh musyrikin Quraisy agar berhenti dari berdakwah ke jalan Allah. Apa yang Nabi jawab, seandainya kamu letakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, nescaya aku sekali-kali tidak akan berhenti daripada menyampaikan ajaran tauhid tersebut. Demikian kentalnya iman Rasulullah s.a.w untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah yang menjijikkan itu. Itulah jawapan yang amat tepat. Itulah juga cara nabi menutup mulut orang yang cuba hendak merasuahkan baginda.
Dalam satu peristiwa Saidina Umar Al-Khattab sendiri merasa ragu-ragu untuk menerima gaji atas jawatannya. Dia bimbang kalau-kalau gaji yang diterima itu melebihi tugas yang sepatutnya yang dijalankan. Namun hakikatnya hari ini akibat lemahnya iman, soal prinsip dan cara hidup serta amalan politiknya telah goyah. Sebab itulah mudah silau dan terpesona dengan tawaran wang dan harta.
Dari Ma'qil r.a. katanya, Saya mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Semua orang yang diserahi tanggungjawab oleh Allah atas rakyat lalu ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya itu, nescaya syurga itu haram baginya.
Gejala politik wang harus dibanteras kerana ia boleh mengakibatkan negara dipimpin oleh mereka yang tamak dan nipis iman malah akidah pun sudah rosak.
Islam haramkan rasuah kerana cetus kezaliman
AMALAN rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa atau mengambil manfaat yang bercanggah dengan undang-undang dan moral manusia. Amalan rasuah adalah penyakit tertua manusia seperti juga pelacuran.
Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada 2007 sebanyak 590 tangkapan dibuat manakala pada Januari lalu saja 80 kes dilakukan. Apa yang membimbangkan ialah jika rasuah terus berleluasa, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.
Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar dalam perbelanjaan tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba dan amat meyakini mengamalkan rasuah dapat dielakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Hakikatnya mereka yang mengamalkan rasuah mempunyai kualiti moral rendah, tidak mempunyai harga diri dan sanggup menggadai integriti sebagai manusia demi untuk mencapai matlamat salah.
Dalam sesebuah organisasi, kadang kala pengamal rasuah mempamerkan penampilan diri yang hebat hingga mampu menenggelamkan sifat tersembunyi dirinya yang bercanggah dengan budaya pengurusan.
Langkah awal untuk mengesan pengamal rasuah ialah memantau gaya hidup dan memerhatikan laporan perisytiharan harta. Jika nyata ada keraguan yang munasabah, maka aduan perlu dibuat kepada pihak berkuasa supaya siasatan dilakukan.
Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.
Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan.” ? (Hadis riwayat Ahmad)
Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.” ? (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)
Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Sebagai ibu bapa beriman apakah kita rela mewariskan dan menanamkan kesinambungan sifat keji dalam diri keluarga kita.
Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.”
Hakikatnya Islam adalah agama pembawa rahmat kepada manusia sejagat kerana mengajar umatnya berzakat dan bersedekah tetapi melarang umatnya mengamal rasuah dan menjadi peminta sedekah.
Bagaimanapun setiap pekerjaan itu hendaklah mengikut standard piawaian ditetapkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Setiap pekerjaan dianggap sebagai ibadat jika memenuhi standard piawaian etika kerja Islam seperti hukum haram, wajib, harus, makruh dan sunat. Standard piawaian ini akan menjadi panduan dan menentukan pekerja bersifat amanah terhadap akauntabiliti bidang tugas yang ditetapkan.
Apa yang nyata, dasar Islam dalam pekerjaan bertujuan membawa rahmat kepada manusia sejagat iaitu memberi perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan dan masyarakat. Jika semangat berzakat dan bersedekah diamalkan serta menjauhi tabiat meminta-minta dan rasuah maka warga organisasi mampu mewujudkan organisasi hebat dan cemerlang kepada pelanggan serta masyarakat.
Hanya manusia yang kuat berpegang kepada nilai agama dan mempunyai integriti tinggi mampu menolak amalan rasuah. Dengan demikian mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:
- Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan beriman dan berintegriti;
- Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi najis rasuah;
- Membuktikan bahawa amalan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah dirinya terbabit dengan najis rasuah.
- Dalam usaha mewujudkan kesinambungan keluarga yang beriman dan berfungsi sebagai pembawa rahmat kepada organisasi serta pelanggan, maka renungilah peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji.” ? (Hadis riwayat Ahmad)
Sumber : http://www.bharian.com.my/
Thursday, March 10, 2011
|
Posted under:
:.Wancana Islam
|
0
comments
0 comments to "WACANA ISLAM: Islam Tegas Menentang Rasuah"
Apakah anda setuju dengan pengisian yang terdapat didalam laman web ini?
Search This Blog
Popular Posts
-
Sejak lama saya memang menyenangi kehidupan binatang, termasuk binatang kecil, seperti semut, belalang, anai-anai atau laron, dan seterusnya...
-
Gambar-gambar sekitar Jepun yang dilanda tsunami dan gempa bumi... Gempa berukuran 8.9 skala Richter telah menghasilkan gelombang tsunami se...
-
DALAM masyarakat tempatan, telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti ``Tumbuk rusuk'', ``Makan suap...
-
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi k...
-
Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masj...
-
Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang dari pelbagai pihak yang cuba untuk menidakkan keilmuan dan keagungan para ulama Is...
-
(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal) Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wan...
-
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MEMELIHARA solat, maka solat itu sebagai CAHAYA baginya, PETUNJUK dan JALAN ...
-
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???" Tuhan me...
Followers
Labels
- :.Gambar Masjid An-Nur (1)
- :.Tazkirah (5)
- :.Wancana Islam (1)
- Renungan (4)
- Solat (1)
- Wanita (3)
Post a Comment